Saturday, September 28, 2013

Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Sekali Try Aje...

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan telah banyak membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Dalam setahun terdapat lebih dari sejuta permohonan untuk kerja dengan kerajaan tetapi tahukah anda berapa ramai sahaja yang diterima?  Ya..hanya lebih kurang 50, 000 orang sahaja yang diterima. Jadi peluang setiap seorang yang menghadiri temuduga untuk berjaya adalah terlalu tipis iaiatu sebanyak 3.33% sahaja .

Nah...tentulah hanya yang betul-betul terbaik sahaja yang dipilih. Untuk berjaya dalam temuduga bukan setakat dapat C.G.P.A yang baik sahaja dipilih.Selalunya ada kriteria tertentu yang dilihat. Apa dia? ...Itulah sebabnya saya suggestkan anda memiliki Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan ini.





Apa kata mereka yang telah berjaya...











Sunday, September 22, 2013

Tip Mengurangkan Gemuruh Ketika Temuduga







GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus, ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda.  Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang harus dipakai, apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga, bolehkah anda melakukan kerja tersebut, atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?
Jangan bimbang. Kami memberikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda. Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda.  Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut, bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.
Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman. Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka. Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa. Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah. Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi. Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.

Persediaan Mental

*Persediaan adalah kunci kejayaan.
*Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan oleh majikan.
*Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.
*Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.
*Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.
*Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur.

Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon.  Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan. Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik. Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.
Jika anda memohon suatu pekerjaan yang bersifat teknikal, anda akan berhadapan dengan soalan-soalan yang juga bersifat sedemikian.  Umpamanya, anda diberikan permasalahan mengenai perkomputeran dan diminta memberikan analisis dan menyelesaikannya. Jadi, pastikan anda mengingati apa yang telah anda pelajari sebelum itu.  Jika temuduga dibuat melalui telefon, kedua-dua belah tentu tidak dapat melihat satu sama lain. Suara boleh mempengaruhi banyak perkara, oleh itu amat penting anda `didengari' sebagai seorang yang bersemangat dan berkebolehan.

Artikel oleh,
HR Eksekutif

Sumber:http://www.mmsc.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=69

Friday, September 20, 2013

Tips Temuduga Kerajaan ( Bahagian 1)

Ingin tahu contoh soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga?






Kalaulah sesiapa yang hendak menghadiri temuduga kerajaan tahu apa yang hendak ditanya oleh penemuduga pastilah senang dan jantung pun tak akan berdegup-degup kan. Namun apakan daya soalan-soalan yang akan ditanya adalah rahsia dan kadang-kadang tu timbul soalan yang tidak diduga seperti "datang tadi naik apa?". Itulah sebabnya walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda.

 


Selalunya apa yang ada dalam fikiran adalah macamana kalau aku tak boleh nak jawab soalan nanti atau macamana kalau penemuduga tak suka penampilan dan bermacam lagi persoalan yang ada di dalam kepala. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah dengan membuat persediaan yang selengkapnya sebagai contoh mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.

Yang penting anda perlu memina keyakinan diri dan 'be positive'. Percayalah penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Berilah jawapan dengan suara yang jelas dan yakin dan jangan sesekali tidak menjawap soalan.

1.Pada kebiasaanya penemuduga akan menyuruh anda memperkenalkan diri anda.

Perkenalan nama anda (nama penuh jangan letak nama pendek je)
Asal mana - cerita kelebihan tempat anda
Ceritakan perihal keluarga anda- nama ayah, nama ibu, jumlah adik beradik dll
Hobi dan kegemaran anda
Cerita kelebihan anda


Ceritakan perihal akademik anda- mula dari sekolah rendah sehingga yang tertinggi (beritahu CGPA, dan keputusan peperiksaan)

Ceritakan pengalaman kerja anda- mula dari kerja yang awal dan disudahi dengan pekerjaan terkini- ceritakan perihal kerja yang anda telah lakukan- kalau boleh biar bersangkut paut dengan pekerjaan yang anda mohon sekarang.

Harapan anda kepada pekerjaan ini. Sebolehnya nyatakan keinginan  anda untuk mendapatkan pekerjaan ini.(sumber:http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2013/05/tip-menjawab-soalan-temuduga-sila.html)

Kadangkala penemuduga hendak memancing personaliti anda dengan bertanya tentang susuatu yang negatif tentang diri anda. Anda jangan cepat melatah dan marah. Jawap dengan tenang dan cuba  jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara dan tukarkan perkara yang negatif kepada positif.


 

Wednesday, September 18, 2013

Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik




Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang digelar sebagai Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh pihak British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang senang. Ini kerana ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada tahap yang tersendiri. Prosedur pemilihanya merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu bergelar pegawai PTD harus menempuhi 3 tahap ujian yang bertujuan menguji kemahiran dan ilmu yang dimiliki.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin wujud ‘kepincangan’ kelulusan akademik anda. Jika lulus dan layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan pengetahuan yang secukupnya kerana exam ptd memerlukan pemahaman dan kesedaran tentang kepentingan maklumat dan berilmu pengetahuan yang jitu. Dalam erti kata lain, anda perlu peka dengan sebarang isu semasa dalam / luar negera dan perlu banyak membaca bagi memantapkan ilmu pengetahuan. Itulah persediaan utuh dalam laluan menggapai jawatan yang digelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

info rujukan :
http://www.spa8online.com/category/j...watan-pegawai/


Syarat Lantikan

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Sumber:http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1609)

Poses Pengambilam Pegawai Tadbir dan Diplomatik)

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

Peperiksaan

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

(Sumber:http://www.intanbk.intan.my/i-portal/ms/component/content/article/28-ptd/55-proses-pengambilan-ptd-.html)




Tuesday, September 17, 2013

Doa Semasa Menghadiri Temuduga






Semasa menunggu nama anda untuk dipanggil tu, bacalah doa ini. Semoga ianya akan memberikan ketenangan dan kejayaan.

(Sumber:http://senjamendamaikan.blogspot.com)



1. Bacalah Surah Al-Fatihah





2.Kemudian bacalah Ayat Kursi





3. Selepas itu Ayat Seribu Dinar





4.Akhir sekali Zikir "Ya Aziz, Ya Jabbar Ya Mutakabbir"


Setelah berusaha dalam temuduga akhir sekali perlulah bertawakal. Serahkan sahaja kepada Allah s.w.t.



Monday, September 16, 2013

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam


Bagi bulan September ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)mempelawa mereka yang berminat dan berkelayan untuk memenuhi kerjaya didalam perkhidmatan awam. Mereka yang berintegriti , memiliki kemahiran interpersonal daya tahan,komitmen, orientasi sosial dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dialu-alaukan memohon peluang kerjaya ini.

Kerja kosong bagi bulan April adalah:

  • Pegawai Sains
  • Pembantu Akauntan
  • Pembantu Perpustakaan
  • Pemeriksa Kereta Motor
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu Pegawai Latihan Vokasional


Saturday, September 14, 2013

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!




Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.