Wednesday, September 18, 2013

Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik




Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang digelar sebagai Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh pihak British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang senang. Ini kerana ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada tahap yang tersendiri. Prosedur pemilihanya merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu bergelar pegawai PTD harus menempuhi 3 tahap ujian yang bertujuan menguji kemahiran dan ilmu yang dimiliki.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin wujud ‘kepincangan’ kelulusan akademik anda. Jika lulus dan layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan pengetahuan yang secukupnya kerana exam ptd memerlukan pemahaman dan kesedaran tentang kepentingan maklumat dan berilmu pengetahuan yang jitu. Dalam erti kata lain, anda perlu peka dengan sebarang isu semasa dalam / luar negera dan perlu banyak membaca bagi memantapkan ilmu pengetahuan. Itulah persediaan utuh dalam laluan menggapai jawatan yang digelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

info rujukan :
http://www.spa8online.com/category/j...watan-pegawai/


Syarat Lantikan

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Sumber:http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1609)

Poses Pengambilam Pegawai Tadbir dan Diplomatik)

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

Peperiksaan

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

(Sumber:http://www.intanbk.intan.my/i-portal/ms/component/content/article/28-ptd/55-proses-pengambilan-ptd-.html)




No comments:

Post a Comment