Kalaulah sesiapa yang hendak menghadiri temuduga kerajaan tahu apa yang hendak ditanya oleh penemuduga pastilah senang dan jantung pun tak akan berdegup-degup kan. Namun apakan daya soalan-soalan yang akan ditanya adalah rahsia dan kadang-kadang tu timbul soalan yang tidak diduga seperti "datang tadi naik apa?". Itulah sebabnya walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda.
Selalunya apa yang ada dalam fikiran adalah macamana kalau aku tak boleh nak jawab soalan nanti atau macamana kalau penemuduga tak suka penampilan dan bermacam lagi persoalan yang ada di dalam kepala. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah dengan membuat persediaan yang selengkapnya sebagai contoh mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Yang penting anda perlu memina keyakinan diri dan 'be positive'. Percayalah penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Berilah jawapan dengan suara yang jelas dan yakin dan jangan sesekali tidak menjawap soalan.
1.Pada kebiasaanya penemuduga akan menyuruh anda memperkenalkan diri anda.
Perkenalan nama anda (nama penuh jangan letak nama pendek je)
Asal mana - cerita kelebihan tempat anda
Ceritakan perihal keluarga anda- nama ayah, nama ibu, jumlah adik beradik dll
Hobi dan kegemaran anda
Cerita kelebihan anda
Ceritakan perihal akademik anda- mula dari sekolah rendah sehingga yang tertinggi (beritahu CGPA, dan keputusan peperiksaan)
Ceritakan pengalaman kerja anda- mula dari kerja yang awal dan disudahi dengan pekerjaan terkini- ceritakan perihal kerja yang anda telah lakukan- kalau boleh biar bersangkut paut dengan pekerjaan yang anda mohon sekarang.
Harapan anda kepada pekerjaan ini. Sebolehnya nyatakan keinginan anda untuk mendapatkan pekerjaan ini.(sumber:http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2013/05/tip-menjawab-soalan-temuduga-sila.html)
Kadangkala penemuduga hendak memancing personaliti anda dengan bertanya tentang susuatu yang negatif tentang diri anda. Anda jangan cepat melatah dan marah. Jawap dengan tenang dan cuba jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara dan tukarkan perkara yang negatif kepada positif.


No comments:
Post a Comment